Sekarang
marilah kita mengkaji dasar-dasar yang di atasnya Al Quran menegakkan hubungan
manusia dengan Allah Subhanahu Wata'ala dan konsepsi hidup yang dengan
sendirinya lahir dari perhubungan tersebut. Al Quran telah menjelaskan
permasalahan di atas di beberapa tempat tetapi keseluruhan konsep hidup sebagai
yang digambarkan telah tersimpul di dalam Surah Al-Taubah: ayat 111 yang artinya:
"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala telah membeli diri orang-orang
Mu'min, jiwa-jiwa mereka dan
harta kekayaan mereka dengan menyediakan bagi
mereka Al Jannah (syurga). Mereka berperang di jalan Allah, mereka membunuh
(musuh-musuh Allah) dan mereka dibunuh (oleh musuh- musuh Allah). (Itu telah
menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan
siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka
bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah
kemenangan yang besar." (Surah Al-Taubah: ayat 111)
Dalam
ayat di atas hubungan yang wujud di antara manusia dengan Allah adalah atas
landasan IMAN (perilaku yang penuh sedar meletakkan kepercayaan kepada Allah)
telah dipanggil 'penjualan'. Ini bermakna bahawa beriman dengan Allah bukanlah
satu konsep metafisik semata-mata; ia merupakan satu corak 'perjanjian' dalam
mana manusia menyerahkan seluruh kehidupan dan harta miliknya kepada Allah
dengan mendapat tukaran syurga yang telah dijanjikan baginya di Akhirat nanti.
Dapatlah dikatakan bahawa Allah memberi kehidupan dan harta milik orang-orang
yang beriman serta berjanji dengan hanya balasan adalah Syurga bagi kehidupan
sesudah mati. Konsep 'penjualan' ini mempunyai natijah yang amat penting dan
dengan demikian kita mestilah terlebih dahulu memahami watak dan maknanya
dengan sejelas-jelasnya
Kedudukan
sebenar perkara ini ialah bahawa setiap benda di dalam dunia ini adalah milik
Allah Subhanahu Wata'ala. Dialah Pemilik sebenar bagi segala benda. Dengan
demikian kehidupan manusia dengan segala kekayaannya juga adalah milik Allah
kerana Dialah yang mencipta mereka dan memberikan tanggungjawab kepada setiap
insan menggunakan benda-benda itu (dengan cara yang hak). Melihat permasalahan
dari sudut ini, sebarang persoalan mengenai jualan dan belian tidak timbul
sama-sekali. Allah adalah pemilik sebenarnya. Oleh yang demikian tidak timbul
persoalan Ia membeli sesuatu yang telah memang menjadi miliknya. Sebaliknya manusia
bukanlah pemilik sebenar segala yang dimaksudkan dan dengan demikian manusia
tidak mempunyai apa-apa hak untuk menjualnya.
Namun
demikian ada satu perkara yang Allah kurniakan kepada manusia, yang sekarang
menjadi milik penuh untuk dirinya iaitu 'kebebasan ikhtiar'; kebebasan untuk
mengikuti atau mengingkari jalan Allah. Oleh kerana manusia telah dikurniakan
dengan kebebasan itu dia adalah bebas untuk mengakui atau tidak kebenaran
sesuatu perkara. Sekalipun manusia mempunyai kebebasan kehendak dan kuasa
memilih, ini tidaklah bermakna ia menjadi pemilik sebenar segala tenaga dan
sumber yang dikuasainya, juga tidak bermakna ia boleh menggunakannya mengikuti
kemahuan dirinya sendiri sama sepertimana pengakuan atau penolakan sesuatu
kebenaran itu tidak akan memberi bekas kepada kebebasan itu, begitulah
'kebebasan' itu bererti ia bebas mengakui atau menolak kedaulatan Allah
Subhanahu Wata'ala ke atas kehidupan dan harta bendanya. Sebaliknya dia
meletakkan dirinya sendiri untuk bertindak secara mutlak.
Jika ia mahu berbuat demikian ia boleh
menganggap dirinya bebas dari sebarang ikatan peraturan dengan Allah dan boleh
berfikir bahawa ia menikmati hak-hak dan kekuasaan secara mutlak ke atas semua
perkara yang dimilikinya dan dengan semikian ia boleh menggunakan
segala-galanya itu menurut kehendaknya sendiri tanpa terikat dengan mana-mana
peraturan yang lebih tinggi darinya. Di sinilah sebenarnya timbul masalah
'jualan' tadi. Penjualan itu tidak bermakna bahawa Allah memberi sesuatu yang
dimiliki oleh manusia. Inilah watak yang sebenarnya.
Semua
makhluk adalah kepunyaan Allah tetapi la telah mengurniakan barang-barang
tertentu kepada manusia untuk digunakan sebagai satu amanah dariNya. Dan
manusia telah diberikan kebebasan untuk menunaikan amanah Allah itu secara
jujur atau kalau dia disukainya dia akan menyalahgunakan dan berbuat derhaka
terhadap Allah.
Allah telah menuntut
agar manusia dengan rela (tanpa sebarang tekanan dan paksaan) sanggup segala
barang-barang tadi sebagai milikNya dan wajib menggunakannya sebagai satu
amanah dari Allah dan bukan mengganggapnya sebagai hak milik pensendirian yang
boleh digunakan mengikut kehendak hatinya. Oleh yang demikian manusia yang
secara sukarela menolak kebebasan itu malah menolak kekuasaan tertinggi dari
Allah dan sebagai ganti pengakuannya terhadap kekuasaan Allah tentulah dapat
dikatakan dia telah menjual autonominya (yang juga merupakan suatu kurniaan
dari Allah dan bukanlah sesuatu yang manusia memperolehinya dari dirinya
sendiri) kepada Allah, dan sebagai balasan yang telah Allah janjikan ia
menerima balasan Syurga yang kekal abadi.
Seseorang yang
melakukan penjualan seperti itu adalah seorang Mu'min dan IMAN adalah gelaran
yang diberikan oleh Islam kepada 'iqrar setia' ini, sementara sesiapa yang
memilih untuk tidak memasuki 'iqrar setia' ini dan mengambil satu jalan yang
berlawanan dengan Islam, maka ini bererti batallah perjanjiannya dengan Allah
dan ia adalah KAFIR dan percubaannya mengkhianati atau meleburkan janjinya
dengan Allah itu diistilah sebagai KUFUR.
Itu adalah bentuk
'ikatan'. Sekarang marilah kita mengkaji secara ringkas berbagai-bagai aspek
dan ketentuan-ketentuannya:
1. Allah Subhanahu Wata'ala menguji
kita dengan dugaan-dugaan yang hebat dalam dua perkara:
a) Ia telah
membiarkan manusia hidup bebas. Namun demikian setelah diberi kebebasan ia
ingin melihat samada manusia itu menyedari kedudukannya atau tidak; samada ia
masih jujur dan bersikap gagah dan memelihara kesetiaannya kepada Allah atau ia
kehilangan pedoman dengan memberontak terhadap Penciptanya; atau ia bergelagat
sebagai suatu jiwa yang mulia atau memijak-mijak nilai-nilai budisusila dan
melakukan penipuan-penipuan sehingga Malaikat-Malaikat menangis kepiluan
lantaran jelek dan ngeri budinya.
b) Dia (Allah) ingin
melihat sama ada manusia bersedia untuk yakin kepada Allah yang menawarkan
kehidupan dan harta kekayaannya dengan balasan-balasan yang telah dijanjikan
bagi kehidupan di Hari Akhirat dan Allah ingin melihat sama ada ia bersedia
atau tidak untuk rela patuh menyerahkan kuasa autonomi dan segala kemanisan dan
kelazatannya dengan merelakan dirinya menerima balasan janji sebagai bekal masa
depannya.
2. Ia adalah menjadi satu prinsip hukum
Islam yang telah diterima bahawa IMAN merupakan kepahitan dan ketaatan kepada
satu rangkai ajaran (doktrines) dan sesiapa saja yang berpegang kepada
ajaran-ajaran tersebut mereka menjadi seorang yang Mu'min. Tidak ada siapa pun
yang berhak mencela mereka sebagai orang yang tidak beriman atau pun
mengeluarkan mereka dari ikatan kesatuan ummah, kecualilah kalau terdapat
bukti-bukti yang jelas tentang kepalsuan dan pengingkaran iman mereka. Ini
adalah aspek hukum kepada masalah tersebut. Tetapi pada pandangan Allah
Subhanahu Wata'ala IMAN itu mempunyai nilai hanya apabila kemahuan dan pilihan
manusia itu tunduk patuh sepenuhnya kepada perintahNya. Di sinilah terletaknya
pemikiran dan tindakan di mana diri manusia patuh mentaati sepenuhnya kepada
Allah dengan menafikan runtunan nafsu dan ketinggian dirinya. Ini adalah sesuatu
yang datangnya dari sudut hati sanubari. Inilah satu sikap oleh orang yang
waras dan punya persediaan dalam sesuatu tindakan tertentu.
Jika seseorang itu
mengungkapkan Kalimah Shahadatain membuat iqrar mentaati ajaran Allah, malah
mengerjakan sembahyang dan melakukan lain-lain ibadat tetapi di dalam hatinya
ia masih mempunyai rasa dialah yang berhak ke atas dirinya dan dialah juga yang
menguasai dan menentukan kekuatan anggota tubuh badan dan daya pemikirannya;
dan dengan akhlaq dan sumber kebendaannya dia menggunakan semua itu mengikut
kehendaknya dan terus bersikap degil melayani pegangannya sebabnya banyak
manusia sekalipun melihatnya sebagai Mu'min, Allah tetap tidak melihatnya
sebagai Mu'min malah ia, tidaklah termasuk dalam tawaran penjualan yang disebut
oleh Allah di dalam kitab Suci Al Quran kerana perilaku demikian tidak langsung
mengandungi unsur-unsur IMAN.
Kalau seorang manusia
itu tidak menggunakan kuasa dan sumber-sumber mengikut jalan yang telah
diperintahkan oleh Allah malah dia menggunakan dengan cara dan untuk tujuan
yang terlarang, maka tindakan demikian jelas sekali ia tidak menjanjikan
kehidupan dan hartanya kepada Allah atau kalau pun telah dijanjikannya, dia
mengkhianati perjanjian tersebut dengan amalan-amalan atau perbuatan-
perbuatannya sendiri.
3. Watak Iman membuatkan cara hidup
Islam berkerja dan sangat berbeza dari cara hidup yang bukan Islam. Seorang
Muslim yang benar IMANnya kepada Allah, membentuk seluruh aspek hidupnya patuh
mentaati kehendak Allah. Seluruh hidupnya adalah satu pengabdian dan kepatuhan
dan dirinya tidak bertindak laku dengan cara yang angkuh atau mengikut jalan
sendiri kecuali ia melakukannya dalam keadaan terlupa. Tetapi selepas kembali
sedar ia segera bermohon keampunan kepada Allah dan bertaubat dari
kesalahannya. Begitu juga sekumpulan manusia atau masyarakat yang dianggotai
oleh orang yang benar-benar beriman tidak akan menyimpang dari undang-undang
Tuhan mereka. Peraturan-peraturan politik, system undang- undang dan strategi
antarabangsanya mestilah segala-galanya selaras dengan alasan-alasan pimpinan
yang telah diwahyukan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan mestilah tidak
sedikitpun berlawanan denganNya. Dan kalaulah terjadi kesalahan atau tertinggal
mana bahagian ia mestilah dibetulkan segera bila disedari dan kembali kepada
garis-garis yang telah ditentukan oleh Allah. Hanya golongan kafir sahaja yang
merasa lepas bebas dari pimpinan Tuhan dan bertindak sesuka hati mengikut
kemahuan. Barangsiapa bertindak atas dasar demikian, sekalipun mempunyai
gelaran nama yang sama dengan seorang Islam (Muslim), ia adalah seorang yang
mengikuti jejak Syaitan dan mengikuti jalan golongan-golongan orang yang KAFIR.
4. Kehendak Tuhan, yang berkewajipan
untuk diikuti oleh manusia, adalah satu-satunya yang Tuhan sendiri telah
mewahyukan sebagai petunjuk kepada manusia. Kehendak Allah itu bukanlah hak
manusia untuk menentukannya. Tuhan sendiri telah menyatakannya secara jelas dan
tiada keraguan mengenainya. Oleh yang demikian kalaulah seorang atau sesuatu
atau sesuatu masyarakat itu jujur, mulia dan tegas dalam perjanjian dengan
Allah, ia berkewajiban membentuk seluruh segi kehidupannya menurut (peraturan-
peraturan yang termaktub dalam) Kitab Allah dan Sunnah RasulNya Sallallahu
'Alaihi Wasallam dengan satu pandangan yang mudah akan dapat dilihat bahawa
semua aspek-aspek dan ketentuan-ketentuan ini secara logiknya sudah terkandung
di dalam penjualan itu dan adalah nyata sekali dari perbincangan di atas
mengapa bayaran 'harga' itu ditangguh hingga kepada Hari selepas kematian
(kehidupan di Alam Akhirat).
Syurga bukanlah
anugerah kerana pengakuan Iman semata-mata tetapi ia adalah satu anugerah
sebagai balasan kepada perlaksanaan dari pengakuan iman yang telah diiqrarkan.
Jika tidak perjanjian itu ditunai sepenuhnya dan tabiat hidupnya benar telah
serasi dengan persyaratan 'janji' maka ia tidak berhak kepada balasan
sedemikian. Oleh itu tindakan terakhir dari 'penjualan' itu dikira hanya pada
waktu-waktu akhir kehidupan si penjual dan adalah sesuatu pembalasan diberikan
untuknya di alam Akhirat.
Satu lagi perkara
penting akan timbul dari pengkajian Ayat (Al Qur'an) yang tersebut apabila
ianya dibaca dengan merujuk perkara yang berhubungan. Dalam ayat-ayat lain yang
mendahuluinya, rujukan telah dibuat kepada orang-orang yang mengaku diri mereka
beriman dan berjanji untuk setia dalam mentaati Allah, tetapi apabila tiba
ujian-ujian daripada Allah terbuktilah kepalsuan pengakuan mereka. Sebahagian
dari mereka cuai dengan panggilan waktu malah ada yang mengkhianati perjuangan
Islam. Manakala sebahagian yang lain pula bersikap munafiq dan enggan untuk
mengorbankan kesenangan dan kemewahan hidup mereka demi perjuangan di jalan
Allah.
Selepas menjelaskan
tentang hal-hal orang seperti ini dan mengecam sifat yang tidak ikhlas dan
pura-pura itu Al Quran telah menjelaskan bahawa IMAN adalah satu 'perjanjian' -
yakni satu bentuk janji dari manusia kepada Allah. Ianya bukanlah semata-mata
pengakuan percaya kepada Allah. Ianya adalah satu pengakuan bahawa hanya Allah
sahaja Tuhan kita, Dialah yang menjadi Pemerintah Tertinggi, Penguasa dan
seluruh benda yang ada pada manusia termasuk kehidupannya adalah milik Allah
dan dengan demikian manusia berkewajipan mengguna benda-benda tersebut mengikut
ketetapan dari Allah. Jika seseorang Muslim mengambil sesuatu peraturan lain
yang bertentangan dengan Islam, dia sudah tidak lagi berlaku jujur dehgan iqrar
keimanannya. Orang-orang yang benar IMANnya ialah orang-orang yang menjual
seluruh hidupnya dan apa saja yang dimilikinya kepada Allah dan orang-orang
yang mengikuti segala perintah Allah dalam semua bidang kegiatan. Mereka
mempertaruhkan segala-segala yang ada dalam menegakkan perintah- perintah Allah
dan tidak sedikitpun menyimpang dari jalan dan ketaatan kepada Allah Rabul
'Alamin. Itulah sahaja orang-orang yang benar-benar beriman.
0 komentar:
Posting Komentar