Selasa, 14 Januari 2014

Tujuan Aqidah Islam



Akidah Islam mempunyai banyak tujuan yang baik yang harus dipegang, iaitu:

1. Untuk mengikhlaskan niat dan ibadah kepada Allah satu-satunya. Kerana Dia adalah Pencipta yang tidak ada sekutu bagi-Nya, maka tujuan dari ibadah haruslah diperuntukkan kepada-Nya satu-satunya.

2. Membebaskan akal dan fikiran dari kekacauan yang timbul dari kosongnya hati dari akidah. Kerana orang yang hatinya kosong dari akidah ini, adakalanya kosong hatinya dari setiap akidah serta menyembah materi yang dapat dilihat saja dan adakalanya terjatuh pada berbagai kesesatan akidah dan khurafat.

3. Ketenangan jiwa dan fikiran, tidak cemas dalam
jiwa dan tidak goncang dalam fikiran. Kerana akidah ini akan menghubungkan orang mukmin dengan Penciptanya lalu rela bahawa Dia sebagai Tuhan yang mengatur. Hakim yang Membuat tasyri’. Oleh kerana itu hatinya menerima takdir, dadanya lapang untuk menyerah lalu tidak mencari pengganti yang lain.

4. Meluruskan tujuan dan perbuatan dari penyelewengan dalam beribadah kepada Allah dan bermuamalah dengan orang lain. Kerana di antara dasar akidah ini adalah mengimani para rasul yang mengandung mengikuti jalan mereka yang lurus dalam tujuan dan perbuatan.

5. Bersungguh-sungguh dalam segala sesuatu dengan tidak menghilangkan kesempatan beramal baik kecuali digunakannya dengan mengharap pahala serta tidak melihat tempat dosa kecuali menjauhinya dengan rasa takut dari siksa. Kerana di antara dasar akidah ini adalah mengimani kebangkitan serta balasan terhadap seluruh perbuatan.

“Dan masing-masing orang yang memperolehi darjat-darjat (sesuai) dengan yang dikerjakannya. Dan Tuhanmu tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.” (Al An’am 132)

Nabi Muhammad S.a.w juga mengimbau untuk tujuan ini dalam sabdanya:
يَنْفَعُكَ مَا عَلَى اِحْرِصْ, خَيْرٌ كُلٍّ وَفِيْ لضَّعِيْفِا الْمُؤْمِنِ مِنَ اللهِ إِلَى وَأَحَبُّ خَيْرٌ الْقَوِيُّ مُؤْمِنُالْ
وَمَا اللهُ، قَدَّرَ: قُلْ وَلَكِن وَكَذَا كَذَا فَعَلْتُ أَنِّيْ لَوْ تَقُلْ فَلاَ شَيْءٌ أَصَابَكَ وَإِنْ تَعْجَزْ وَلاَ بِاللهِ وَاسْتَعِنْ
الشَّيْطَانِ عَمَلَ تَفْتَحُ لَوْ فَإِنَّ فَعَلَ، شَاءَ
“Orang Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Dan pada masing-masing terdapat kebaikan. Bersemangatlah terhadap sesuatu yang berguna bagimu serta mohonlah pertolongan dari Allah dan jangan lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau katakan: Seandainya aku kerjakan begini dan begitu. Akan tetapi katakanlah: Itu takdir Allah dan apa yang Dia kehendaki Dia lakukan. Sesungguhnya mengandai-andai itu membuka perbuatan syaitan.” (Muslim)

6. Mencintai umat yang kuat yang mengerahkan segala yang mahal mahupun yang murah untuk menegakkan agamanya serta memperkuat tiang penyanggahnya tanpa perduli apa yang akan terjadi untuk menempuh jalan itu.

”Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Al Hujurat 15)

7. Meraih kebahagiaan dunia dan akhirat dengan memperbaiki individu-individu mahupun kelompok-kelompok serta meraih pahala dan kemuliaan.

“Barangsiapa yang mengerjakan amal baik, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An Nahl 97)

Inilah sebahagian dari tujuan akidah Islam. Kami mengharap agar Allah merealisasikannya kepada kami dan seluruh umat Islam.

0 komentar:

Posting Komentar