Beliau adalah Abu
Abdillah Muhammad bin Shalih bin Muhammad bin Utsaimin Al Wuhaibi At Tamimi.
Beliau dilahirkan di kota Unaizah pada tanggal 27 bulan ramadhan tahun 1347 H.
Beliau
belajar Al Quran kepada datuknya dari jalan ibu, Abdurrahman bin Sulaiman Ali
Damigh rahimahullah. Kemudian beliau menuntut ilmu, belajar menulis ,
berhitung, dan ilmu sastera. Syaikh Abdurrahman as sa’di menempatkan 2 muridnya
di kediamannya untuk mengajar murid-murid junior, yang seorang bernama syaikh
Ali Ash Shalihi dan seorang lagi syaikh Muhammad bin Abdul azizi Al Muthawi,
yang kepadanya beliau belajar mukhtasar aqidah wasithiyah tulisan syaikh Abdur
rahman as sa’di dan minhajus salikin fil fiqhi tulisan syaikh abdurrahman juga,
jurumiyah dan alfiyah. Beliau belajar faraidh dan feqh kepada
syaikh
abdurrahman bin ali bin audan. Beliau belajar kepada syaikh abdurrahman bin
nashir as sa’di yang beliau anggap sebagai syaikhnya yang pertama. Kerana
beliau belajar kepada beliau tentang tauhid, tafsir, hadits, feqh, ushul feqh,
faraidh, musthalah hadits, nahwu dan sharaf.
Syaikh
Utsaimin mempunyai kedudukan khusus di sisi gurunya. Ketika ayahanda beliau
pindah ke Riyadh pada masa awal perkembanganya dan ingin agar anaknya, Muhammad
Al Utsaimin pindah bersamanya. Maka Syaikh Abdurrahman As Sa’dy (sang guru)
menulis surat kepada ayahanda beliau: Ini tidak boleh terjadi, kami ingin agar
Muhammad tetap tinggal di sini sehingga dia boleh banyak mengambil manfaat.
Berkomentar
tentang Syaikh tersebut, Syaikh Utsaimin mengatakan: Syaikh As Sa’dy sungguh
banyak memberi pengaruh kepada saya dalam hal method mengajar, memaparkan ilmu
serta pendekatannya kepada para siswa melalui contoh-contoh dan
substansi-substansi makna. Beliau juga banyak memberi pengaruh kepada saya
dalam hal akhlak. Syaikh As Sa’dy Rahimahullah adalah seorang yang memiliki
akhlak agung dan mulia, sangat mendalam ilmunya serta kuat dan tekun ibadahnya.
Beliau suka mencandai anak-anak kecil, pandai membuat senang dan tertawa orang-orang
dewasa. Syaikh As Sa’dy adalah orang yang paling baik akhlaknya dari
orang-orang yang pernah saya lihat.
Syaikh
Utsaimin juga belajar kepada Syaikh Abdul Aziz bin Baz Hafizhahullah, Syaikh
Abdul Aziz bin Baz adalah guru kedua beliau, setelah Syaikh As Sa’dy. Kepada
Syaikh Bin Baz beliau belajar kitab Shahihul Bukhari dan beberapa kitab karya
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dan kitab-kitab Feqh.
Mengomentari
Syaikh Bin Baz, Syaikh Utsaimin mengatakan: Syaikh Bin Baz banyak mempengaruhi
saya dalam hal perhatian beliau yang sangat intens terhadap hadits. Saya juga
banyak terpengaruh dengan akhlak beliau dan kelapangannya terhadap sesama
manusia.
Pada
tahun 1371 H, beliau mulai mengajar di masjid. Ketika dibuka Ma’had 'Ilmi,
beliau masuk tahun 1372 H, Syaikh Utsaimin mengisahkan: Saya masuk Ma’had
Ilmi pada tahun kedua (dari berdirinya Ma’had) atas saran Syaikh Ali Ash
Shalihy, setelah sebelumnyamendapat izin dari Syaikh Sa’dy. Ketika itu Ma’had
Ilmi dibagi menjadi dua bagian: Umum dan Khusus, saya masuk ke bagian Khusus,
saat itu dikenal pula dengan sistem loncat kelas. Yakni seorang siswa boleh
belajar ketika liburan panjang dan mengikuti tes kenaikan di awal tahun. Jika
lulus dia boleh di kelas yang lebih tinggi. Dengan sistem itu saya bisa
menghemat waktu.
Setelah dua tahun menamatkan belajar di Ma’had Ilmi, beliau lalu ditunjuk sebagai guru di Ma’had ilmi ‘Unaizah sambil melanjutkan kuliah di Fakulti Syari’ah dan tetap juga belajar di bawah bimbingan Abdurahman As Sa’dy Rahimahullah.
Ketika
As Sa’dy wafat beliau ditetapkan sebagai Imam Masjid Jami’ di ‘Unaizah,
mengajar di Maktabah ‘Unaizah Al Wathaniyah dan masih tetap pula mengajar di
Ma’had Ilmi. Setelah itu beliau pindah mengajar di Cabang Universiti Imam
Muhammad Ibnu Saud Qashim pada fakulti Syari’ah dan Ushuluddin hingga sekarang.
Kini beliau menjadi anggota Hai’atu Kibaril Ulama, Kerajaan Saudi Arabia.
Syaikh Utsaimin memiliki andil besar di medan dakwah kepada Allah Azza wa
Jalla, beliau selalu mengikuti berbagai perkembangan dan situasi dakwah di
berbagai tempat.
Perlu
dicatat, bahawa Syaikh Muhammad bin Ibrahim Rahimahullah telah berkali-kali
menawarkan kepada Syaikh Utsaimin untuk menjadi qadhi (hakim), bahkan telah
mengeluarkan Surat Keputusan yang menetapkan beliau sebagai Ketua Mahkamah Syari’ah
di kota Ihsa’ , tetapi setelah melalui berbagai pendekatan peribadi, akhirnya
Mahkamah memahami ketidaksediaan Syaikh Utsaimin memangku jabatan ketua
Mahkamah .
Karya-karya beliau:
Syaikh Utsaimin Hafizhahullah memiliki karangan lebih dari 40 buah. Di antaranya berupa kitab dan risalah. Insya Allah semua karya beliau akan dikodifikasikan menjadi satu kitab dalam Majmu’ul Fatawa war Rasa’il.
Syaikh Utsaimin Hafizhahullah memiliki karangan lebih dari 40 buah. Di antaranya berupa kitab dan risalah. Insya Allah semua karya beliau akan dikodifikasikan menjadi satu kitab dalam Majmu’ul Fatawa war Rasa’il.
Wafatnya:
Beliau wafat pada hari Rabu petang, 15 syawal 1421 H/10 januari 2001, Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin meninggal dunia waktu ashar di Rumah Sakit di Jeddah dan dishalatkan pada waktu Ashar hari Khamis, 16 Syawal 1421 H di Masjidil Haram ( Mekah ). Beliau mengidap penyakit kanser.
Beliau wafat pada hari Rabu petang, 15 syawal 1421 H/10 januari 2001, Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin meninggal dunia waktu ashar di Rumah Sakit di Jeddah dan dishalatkan pada waktu Ashar hari Khamis, 16 Syawal 1421 H di Masjidil Haram ( Mekah ). Beliau mengidap penyakit kanser.
0 komentar:
Posting Komentar